Satu petikan dari buku TENTANG CINTA (dapatkan di pasaran sekarang!)
Anda telah bersedia untuk bercouple jika...
Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika....
Niat anda hanya untuk bersuka-suka atau ingin berseronok-seronok demi melayani kehendak nafsu dan perasaan semata-mata.
ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tanagn dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada 'muqaddimah' zina.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri drpd melakukan perbuatan2 negatif spt berpegangan tangan, menyentuh dan...dot..dot.
ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah 'lepas' ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dlm pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan tetap.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Masih kandas ilmu fardhu ain. Mengaji Al-Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dlm pelajaran. Atau anda adalah penganggur yg masih tercari-cari pekerjaan...
ANDA TELAH BERSEDIA BERCOUPLE JIKA....
Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dlm ertikata yg sebenar.
SEBALIKNYA ANDA BELUM BERSEDIA UNTUK BERCOUPLE JIKA....
Mengucap dua kalimah syahadah pun masih belu, fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang...aduhai."
Jika seorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diinginginya itu mengikut jalan yang halal."(Al-Hadith)Yang pentingnya tanya hati sendiri untuk apa aku bercouple????innama 'amal libinniat...Setiap amal bermula dengan niat =)Maka, fikirkanlah.....
Ada pepatah arab yg mengatakan bhw:“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”Dan jangan dijadikan perkahwinan semata-mata untuk mendapatkan sijil halal daripada zina, sdgkan perkahwinan itu sendiri lbh besar cabarannya daripada zina.. Wahai lelaki, jgn buktikan jati dirimu selemah itu.. Jika menolak zina pun sudah xmampu, dimanakah nilai jati diri untuk memimpin isteri dan anak-anak?..
http://masturamohdyusuf.blogspot.com/2008/09/persoalan-couple-vs-tunang.html
Sunday, August 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment